AYAM MASAK TOMATO

ni bukan guna tomato yang tin tu ye.. saya guna buah tomato.. jom cuba! simple je

BAHAN-BAHAN:
Ayam
5 biji tomato
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah
2 sudu makan sos tiram
Sedikit kunyit
Sedikit garam
1/2 sudu makan gula

CARA MEMBUAT:
1. Semua tomato, bawang besar, cili merah, bawang putih dikisar halus.
2. Tumis bahan-bahan kisar ini, masukkan ayam dan tambahkan air. (ikut kesukaan anda untuk kuah)
3. Kemudian, masukkan sos tiram dan kunyit. masukkan kunyit sehingga ia nampak sedikit kekuningan.
4. Masukkan sedikit garam.
5. Masukkan gula. Mesti rasa manis.
6. Tunggu sehingga kuah jadi pekat.

Leave a comment »

daging masak halia

fevret saya ni.. :)  anda cuba ya!
** kuantiti ikut kesesuaian anda… ada sesetengah orang masak dalam kuantiti yang banyak, ada sesetengah orang masak dalam kuantiti yang sedikit :)

BAHAN-BAHAN:
Daging
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar(hiris bulat-bulat)
2inci halia (lagi banyak halia lagi sedap)
4 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap
2 biji cili merah (dipotong serong)
2 biji cili hijau – potong 2 (bagi yang suka pedas)
Sedikit garam

CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga wangi.
2. Kemudian, masukkan daging dan kesemua bahan-bahan di atas, gaulkan sehingga sebati di atas api dan sehingga daging tersebut masak.
3. Masukkan sedikit garam, sedikit gula sebagai perasa.

** Bagi yang suka kuah, masukkan air dan tunggu sehingga kuah menjadi pekat.
:) selamat mencuba!

 

Leave a comment »

APUM LENGGANG

anda pernah dengar x? :) kalau tak tahu, try la buat… :)

BAHAN-BAHAN:
santan (kalau boleh perahan yang pertama/pekat)
telur 1 biji
tepung jawi 1 cawan
tepung jagung 1/2 cawan
gula
garam
pewarna (kuning)

CARA MEMBUAT:

1) Untuk memudahkan anda, masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam blender.
2) Adunan tadi mesti rasa manis, sederhana cair.
** blender – supaya semua bahan-bahan tadi sebati, tepung tidak berketul-ketul.
3) Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak, gunakan senduk bulat untuk dapatkan sukatan membuat yang sekata.
4) Tuang sukatan sebanyak 1 senduk ke dalam kuali, lenggang kan kuali anda sehingga adunan tadi menjadi bulat.
** saiz – elok yang sederhana.
5) Tunggu sehingga adunan tadi kering (3-5minit). UNTUK MENGETAHUI SAMADA IA KERING @ BELUM, TGK KELILING BULATAN ADUNAN DALAM KUALI TERSEBUT, JIKA IA NAMPAK LEKANG BERMAKSUD DAH MASAK. JUGA TENGOK DIBAHAGIAN TENGAH, MESTI KERING. ANDA BOLEH ANGKAT.
6) Gulung apum tersebut.

SIAP :)

** menguji kesabaran sket time nak gulung tu, kalau terlalu keras dia xkan jadi.
** api mesti dijaga dengan sebaiknya, tidak terlalu kuat, tidak terlalu perlahan.

Comments (1) »

NASI AYAM

simple je.. xpayah nak rumit2.. janji sedap…. :)

BAHAN-BAHAN:                
UNTUK SUP:
ayam (potongan ikut suka)                     
halia, bawang besar }ditumbuk                 
kiub pati ayam

CARA MEMBUAT:                                                                                                  
1)   Tumis bahan-bahan tumbuk tadi, masukkan air, ayam, kiub, garam secukup rasa.
2)   Biar sehingga sup tadi masak

UNTUK AYAM:                                                               
ayam (ambil ayam yg dibuat sup tadi)
sedikit gula    
sos tiram
sos cili
kicap

CARA MEMBUAT:
3) Gaulkan ayam bersama-sama dengan gula, sos tiram, sos cili
4)   Kemudian gaulkan pula dengan kicap. masukkan kicap sehingga ayam anda hitam
5)   Ayam diperap (1/2jam – 1jam)
6)   Selepas diperap, goreng ayam tersebut dengan api yang perlahan. (untuk mengelakkan ayam tersebut hangit). Goreng sekejap sahaja.
7)   Kicap yang digunakan untuk perap ayam tadi dicampur dengan sedikit sup. Ini untuk dijadikan kicap untuk dimakan bersama-sama dengan nasi nanti

UNTUK SOS:
cili merah (yg besar tu)
garam
sedikit cuka
sup (diambil sedikit daripada sup tadi)

CARA MEMBUAT:

8) Kemudian masukkan sedikit cuka dan sedikit garam. Campur dengan sup.
** sukatan untuk sos cili dan kicap, ikut kesukaan anda, sebanyak mana anda mahu.

UNTUK NASI:
beras
carrot @ apa-apa saja mengikut kesukaan anda
sup (yang dimasak tadi)

CARA MEMBUAT:
9) Beras dibasuh macam biasa.
10) Masukkan kuah sup yang telah siap dimasak tadi ke dalam beras. Masukkan carrot @ apa-apa sahaja sayuran yang anda suka. Masak macam nasi biasa.

DAH SIAP… :) SIMPLE JE KAN?

Leave a comment »

masak lemak ikan tumis darat

mesti ada yang tertanya2 kan, apa benda yang tumis darat 2? hehe.. masa aku belajar masak dulu pun, heran la sekejap :P belajar masak pun dari kak ipar time tu.. tanya la dia apa benda yang tumis darat tu? huhu… jom kita tengok camne nak buat :) buat cara simple je…

BAHAN-BAHAN:
santan (seboleh2nya santan yang pekat)
ikan (ikut suka nak letak ikan apa)  
serai 2 batang dipecah2kan)   
kunyit (serbuk lagi senang) 
asam keping @ air asam
garam
bawang besar @ bawang merah (dipotong)

CARA-CARA:                                            

1)  Masak santan sehingga mendidih. Jangan dibiar sehingga mendidih, anda mesti kacau 2 @ 3kali. Jangan  dibiarkan, santan tu akan jadi kepala, tak menarik :)

2)  Selepas santan dah mendidih, masukkan ikan, serai dan kunyit. Masukkan kunyit sehingga santan berwarna kuning.

3)  Masukkan garam, asam keping. Bagi yang suka letak perasa tambahan, boleh letak.

4)  Biar sampai mendidih. jika anda guna asam keping, agak2 dah sebati rasa dia, buang asam keping tu.

5)  Di dalam kuali, Bawang digoreng sehingga garing.

6)  Setelah masak masak lemak tadi, tuang bawang goreng tadi ke dalam masak lemak, sekali dengan minyak yang digunakan untuk menggoreng bawang tu.

7)  Kalau nak rasa pedas, letakkan cili.

DAH SIAP…. :) SIMPLE JE KAN??

SILA LAH MENCUBA, YANG SIMPLE2 AJA :)

**ANDA BOLEH LETAK KENTANG KE, APA KE UNTUK TAMBAHAN LAGI :)

Leave a comment »

4 JUNE 2008!

tiba-tiba teringin nak mencuba buat blog.. musim orang buat blog agak nya. hehehe… kali ni nak buat blog berkenaan dengan masakan pulak.. just try to share some of the knowledge with others :) harap2 anda dapat memberi komen-komen yang dapat meningkatkan lagi taraf blog ni.

saya ni bukan la pandai sangat memasak. just nak berkongsi resepi-resepi masakan dari kampung, mungkin biasa-biasa saja, mungkin istimewa.. hope lepas ni ada la yang nak berkongsi resepi masakan ye..! :)

kalau bagi orang yang selalu masak kat rumah tu, mesti kadang-kadang ‘blur’ nak masak apa kan? ye la… tetiap hari masak, breakfast la, lunch la, diner la… hmmm…. macamana la nak buat kan? nak letak resepi apa dulu ya untuk 1st ni? :)  

Leave a comment »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.